Laporan Covid-19 Menteri Kesihatan Malaysia Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus

Dilihat 0 kali

 


KUALA  LUMPUR 

JAWATIMURNEWS.COM - Kes baharu jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam menurun kepada 26,832 kes berbanding 28,825 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu semalam menjadikan sebanyak 3,221,680 kes kumulatif jangkitan virus itu di negara ini.

Beliau berkata, bagi kes sembuh pula sebanyak 18,459 kes direkodkan semalam menjadikan 2,937,655 kes sembuh kumulatif.

"Daripada kes harian semalam, sebanyak 68 kes import dicatatkan iaitu membabitkan 28 warganegara (41.2 peratus) dan 40 bukan warganegara (58.8 peratus).

"Penularan kes tempatan pula membabitkan 26,764 kes iaitu 26,054 warganegara (97.3 peratus) dan 710 bukan warganegara (2.7 peratus)," katanya dalam kenyataan media hari ini mengenai status terkini kes Covid-19 di Malaysia pada 21 Februari 2022.

Beliau berkata, semalam, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 261 kes (98 kes disahkan Covid-19; 163 kes disyaki kemungkinan dan kes dalam siasatan).

Kes memerlukan bantuan pernafasan pula,membabitkan 139 kes (61 kes disahkan Covid-19; 78 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan).

"Daripada 26,832 kes harian yang dilaporkan pada 20 Februari 2022 sebanyak 133 kes (0.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 26,699 kes (99.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

"Pecahan kategori kes adalah kategori 1 sebanyak 8,469 kes (31.56 peratus); kategori 2 sebanyak 18,230 kes (67.94 peratus); kategori 3 sebanyak 66 kes (0.25 peratus); kategori 4 sebanyak 38 kes (0.14 peratus) dan kategori 5 sebanyak 29 kes (0.11 peratus)," katanya.

Beliau berkata, daripada 133 kes Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada 20 Februari, 29 kes (21.80 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 75 kes (56.39 peratus) sudah menerima dua dos vaksin Covid-19; 29 kes (21.80 peratus) sudah menerima dos penggalak; 62 kes (46.62 peratus) berusia 60 tahun dan ke atas; 47 kes (35.34 peratus) mempunyai komorbid; dan enam kes (4.51 peratus) ibu mengandung.

Dr Noor Hisham berkata, dilaporkan 11 kes (4.10 peratus daripada keseluruhan 28,825 kes) meninggal dunia, termasuk enam kes (0.02 peratus daripada keseluruhan 28,825 kes) adalahkes kematian di luar hospital (BID).

"Sebanyak 15 kluster baharu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster Covid-19 sejak wabak bermula di negara ini adalah 6,719 kluster.

"Daripada keseluruhan jumlah kluster itu, seanyak 6,219 kluster sudah tamat. Ketika ini jumlah kluster aktif dengan kebolehjangkitan adalah 500 kluster," Ujarnya


Sumber : Jtn Media Network 

(Abra)

@Redaksi Jawatimurnews

Sumber : JTN Media Network

Post a Comment

No Spam,No SARA,No Eksploitasi
Komenlah yang berkualitas & berkelas

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.
Previous Post Next Post

Contact Form

KAI Group Berhasil Melayani 29.170.705 Pelanggan Selama Masa Angkutan Lebaran 2025 | Kas Bersih WSBP Positif, Penerimaan Pelanggan Tumbuh 19,62% Sepanjang Tahun 2024 | Tarif AS Tekan Pasar, Stablecoin Jadi Pilihan Investor Kripto Lokal | Kelurahan Tanjunganom Gelar Halal bi HalaL Mengundang segenap struktur organisasi kelurahan Serta RT RW . | Kapolda Jatim Pimpin Sertijab Kapolres Jember, SekaligusTinjau Lahan untuk SPN | Untuk Memperkuat Silahturahmi Polres Mojokerto Bersama MUI Gelar acara Halal Bihalal | Dirut KAI: Apresiasi Masyarakat Jadi Penyemangat KAI Tingkatkan Layanan | Terobosan Inovatif PLTB Tolo: Efisiensi dan Keberlanjutan dalam Energi Terbarukan | Perubahan Regulasi TKDN Bisa Dorong Keberlanjutan Produksi Manufaktur Domestik | Festival Pamelo Magetan | mas tamvan(x)